fbpx

Ramalan cuaca khas Le Tour de Langkawi 2024 hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelumba pasukan Astana Qazaqstan, Syritsa Gleb (dua kanan) bersorak selepas memenangi perlumbaan peringkat pertama siri jelajah Le Tour de Langkawi (LTdL) Malaysia 2022 sejauh 157.3 kilometer dari Kuala Pilah ke Kuala Lumpurbaru-baru ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO/ KOSMO! - GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan cuaca khas bagi peringkat keempat Le Tour de Langkawi 2024.

Laluan perlumbaan pada hari ini merangkumi jarak 131.2 kilometer (km) dari Kuala Kubu Bharu hingga ke Bentong yang melalui beberapa kawasan seperti Raub dan Kampung Lebu.

MetMalaysia menyatakan cuaca diramalkan bervariasi sepanjang laluan dengan keadaan mendung di Kuala Kubu Bharu dan Bentong, manakala kawasan Raub dan sekitarnya berpotensi mengalami ribut petir.

Di sepanjang Sungai Ruan dan Kampung Lebu, MetMalaysia menjangkakan berlakunya hujan lebat dimana memberi sedikit cabaran kepada para peserta.

“Suhu di sepanjang laluan dijangka berbeza-beza, dengan Kuala Kubu Bharu bermula pada 28 darjah Celsius dan meningkat hingga 32 darjah Celcius di Bentong.

“Sementara itu, kelembapan udara juga berkisar antara 65 peratus hingga 80 peratus, dengan arah angin dari Barat dan Barat Daya, pada kelajuan sederhana sekitar lima knot,” katanya.

Keadaan cuaca ini mungkin mempengaruhi prestasi pelumba terutamanya di kawasan yang mengalami ribut petir. Pihak penganjur dan pelumba disarankan untuk bersedia menghadapi perubahan cuaca yang tidak menentu sepanjang laluan tersebut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI