fbpx

Polis KL lupus dadah RM36.43 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rusdi Mohd Isa (empat kiri) menunjukkan antara dadah yang dilupuskan pada sidang akhbar pelupusan barang kes dadah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Kuala Lumpur Tahun 2024 di IPK KL. Foto oleh FARIZ RUSADIO / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai RM36.43 juta serta peralatan memproses yang telah berjaya dirampas sejak 2003 hingga 2023.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pelupusan barang kes dilaksanakan mengikut peruntukan Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) D207 (Pelupusan Barang Kes).

Katanya, barang kes dadah yang dilupuskan melibatkan sejumlah 2,844 kertas siasatan dari tahun 2003 hingga 2023 yang telah selesai perbicaraan di mahkamah.

“Bagi mematuhi kehendak piawaian alam sekitar, pihak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Kuala Lumpur telah menggunakan khidmat dan kepakaran Anak Syarikat Kumpulan Cenviro Kualiti Alam Sdn. Bhd.

“Ia berdasarkan kewibawaan dan pengalaman mereka di dalam industri pengurusan sisa yang mempunyai peralatan dan kepakaran dalam melupus barangan berjadual seperti yang dikehendaki menggunakan fasiliti terbaru iaitu “scheduled waste to energy” atau insinerator yang menghasilkan tenaga baru, teratur dan tiada pencemaran,” katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Menurut beliau, pelupusan akan dijalankan di Pusat Rawatan Sisa Kualiti Alam Sdn. Bhd., Ladang Tanah Merah A3 Division, Bukit Pelandok, Negeri Sembilan.

“Antara barang kes dadah utama yang akan dilupuskan terdiri daripada 285.53 kilogram (kg) methamphetamine bernilai RM 34.43 juta, 70.244 kg MDMA (RM 1.05 juta) dan 8.815 kg heroin (RM 308,000).

“Seterusnya, 8.671 kg kanabis (RM 433,000); 189.6 liter (l) air ketum (RM18,000) dan lain-lain bahan kimia digunakan untuk memproses dadah iaitu 1.9 kg pepejal dan 786.3 l cecair,” jelasnya.

Ujarnya, harga pasaran bagi kesemua dadah dianggarkan bernilai RM 36.43 juta dan boleh digunakan oleh 1.2 juta penagih. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI