fbpx

‘Perseteruan bola sepak kekal di dalam padang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tunku Mahkota Ismail berangkat mengadap Sultan Sharafuddin semalam. - Foto Facebook HRH Crown Prince of Johor

PETALING JAYA – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bersetuju bahawa semua pihak perlu memastikan perseteruan bola sepak kekal di dalam padang sahaja.

Perkara tersebut adalah susulan daripada pertemuan yang mana Tunku Mahkota Ismail berangkat mengadap Sultan Sharafuddin semalam.

Menerusi Facebook HRH Crown Prince of Johor memaklumkan, perkara berkaitan bola sepak turut dibincangkan dalam pertemuan tersebut.

“Wujudnya perasaan saling hormat-menghormati serta perpaduan di luar padang. Allah peliharakan sultan,” menurut hantaran itu hari ini.

Dalam pada itu, Sultan Selangor dan Pemangku Sultan Johor turut berkongsi pendapat tentang perpaduan dalam kalangan rakyat, profesionalisme di Malaysia dan kepentingan penyatuan Institusi Diraja untuk berkhidmat sebagai sebuah simbol negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI