fbpx

‘Pembunuhan Sabari sama seperti kes ayah saya 13 tahun lalu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibrahim menunjukkan gambar ibu dan ayahnya ketika ditemui di Teratak Amal Team Rembau, Negeri Sembilan hari ini. FOTO NOR AINNA HAMZAH/ KOSMO!

REMBAU – Kes pembunuhan seorang pesara Felcra, Sabari Baharom, 63, di Wang Tepus, Kedah, seolah-olah mengimbau kembali kes pembunuhan bapa kepada pengasas Skuad Amal Rembau, Ibrahim Hamzah, 35, kira-kira 13 tahun lalu.

Ibrahim yang merupakan anak bongsu dari lima beradik berkata, bapanya, Allahyarham Hamzah Abdul Majid diculik pada malam 18 Oktober 2011 dan kereta jenis Proton wira Aeroback ditemui terbakar di Bandar Enstek, Nilai kurang seminggu dari kehilangan lelaki tersebut.

Katanya, jasad ayahnya diakui suspek telah diikat dan dibuang ke dalam sungai di Angsamas, Mambau.

Menurutnya, sehingga kini, jasad ayahnya itu masih belum ditemui dan mereka baharu sahaja menerima Sijil Anggapan Kematian yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada bulan Ramadan lalu.

“Kes ni kami dah melalui 13 tahun yang lepas, perasaan yang itu susah nak digambarkan dan saya faham perasaan keluarga (pesara Felcra) lebih-lebih lagi dengan jasad masih tak dijumpai lagi.

“Saya ikuti perkembangan kes kehilangan pesara berkenaan, bila baca kereta di bakar, terdetik di hati saya mesti sama macam kes ayah. Akhirnya terjawab apabila pesara Felcra itu juga diikat dan dibuang ke sungai,” katanya ketika ditemui di Teratak Amal Team Rembau, di sini, hari ini.

Ujar Ibrahim, lebih mengejutkan apabila salah seorang daripada empat suspek yang terlibat dalam kes pembunuhan bapanya itu adalah suami kepada jirannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI