fbpx

Pekerja pembersihan didakwa jerut, heret kucing guna motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Monotosh ketika hadir ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI/ KOSMO!

SHAH ALAM – Seorang pekerja pembersihan warga Bangladesh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mengheret seekor kucing menggunakan motosikal pada bulan lalu.

Monotosh, 41, selaku Orang Kena Saman (OKS) membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali.

Warga asing itu didakwa bersama seorang lagi lelaki didakwa mengheret kucing dengan alat penjerut sambil menunggang motosikal SYM di kawasan perumahan Long Branch Residence, Seksyen 31, di sini antara pukul 2 hingga 2.15 petang, 7 September lalu.

Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), Mohd. Sharif Sabran mencadangkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Peguam K. Bagia Sri Devi bagaimanapun memohon ikat jamin RM10,000 dikenakan ke atas anak guamnya yang hanya berpendapatan bulanan RM1,500.

“Dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak, namun keluarganya tidak berada di negara ini. Anak guam saya sentiasa hadir setiap kali sesi siasatan dijalankan dan memberikan kerjasama yang baik. Dia juga tidak mempunyai kesalahan lampau di negara ini,” katanya.

Mahkamah membenarkan lelaki itu diikat jamin RM13,000 dengan seorang penjamin warga tempatan selain mengarahkan Monotosh menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri setiap bulan di balai polis terdekat. Sebutan semula kes ditetapkan pada 4 November ini.

Pada prosiding itu, mahkamah turut mengeluarkan waran terhadap seorang lagi OKS yang gagal hadir bagi pertuduhan kes sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI