fbpx

Nenek 77 tahun tewaskan babi hutan liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG nenek berjaya menewaskan seekor babi hutan hingga mati. - Foto Jam Press

BEIJING – Seorang nenek berusia 77 tahun bertarung dengan seekor babi hutan yang menyerangnya sehingga haiwan liar itu mati di kawasan pergunungan Zhaotong, selatan China, lapor laman berita Daily Star semalam.

Wanita itu bergelut dengan haiwan tersebut ketika ia melakukan serangan tidak dijangka semasa dia berada di sebuah kawasan. 

Dengan keazaman yang kuat, dia berjaya menewaskan haiwan itu menggunakan sabit.

Walaupun babi itu menggigitnya beberapa kali semasa pergelutan tersebut, wanita berkenaan berjaya menumpaskannya.

Kejadian itu berlaku pada 27 September lalu dan gambar mengenainya kini tular di media sosial. 

Ramai netizen memuji wanita tersebut dengan ada yang menulis bahawa dia seorang pejuang yang kuat. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI