fbpx

Modal RM242,223 ‘hangus’ terjerat pelaburan saham tak wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

MUAR – Seorang peniaga berputih mata apabila simpanan RM242,223 miliknya lebur selepas membuat 28 transaksi dan diperdaya tawaran pelaburan tidak wujud didalangi sindiket penipuan atau scammer.

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, mangsa seorang lelaki warga tempatan berusia 29 tahun itu mula berkenalan dengan seorang individu melalui aplikasi whatsapp pada 28 Mei lalu.

Menurutnya, mangsa ditawarkan oleh individu berkenaan peluang pelaburan berkualiti tinggi dalam bidang saham dengan janji pulangan komisen yang lumayan di antara 10 hingga 100 peratus daripada jumlah pelaburan yang dibuat.

“Oleh kerana percaya dengan paparan yang dilihat, mangsa telah melabur melalui aplikasi tersebut dan telah menerima keuntungan dalam masa tiga hari atas modal yang dilaburkan,”katanya ketika dalam satu kenyataan di sini.

Ujar Raiz Mukhliz, mangsa telah membuat tambahan pelaburan bermula pada 1 ogos sehingga 19 September 2024 dengan membuat 28 transaksi ke dalam empat akaun bank berbeza berjumlah RM242,223 dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI