fbpx

Menteri pun teruja dapat jumpa Izz Imil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video Zambry sedang beramah mesra dengan kanak-kanak genius, Izz Imil, baru-baru ini.

PETALING JAYA – Kisah kanak-kanak genius, Izz Imil Shahrom, 12, yang menjadi pelajar termuda mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik di Fakulti Sains Universiti Malaya (UM), masih hangat diperkatakan.

Malah, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir turut menzahirkan keterujaan dengan kebijaksanaan dan kepetahan kanak-kanak itu dalam satu pertemuan di UM, baru-baru ini.

Zambry menerusi hantarannya di Facebook, juga berkongsi video beliau sedang beramah mesra dengan Izz Imil.

“Sedikit sorotan bersama adik Izz Imil tempoh hari. Kita sama-sama doakan beliau dapat menjalani kehidupan di kampus dengan baik dan mendapat kejayaan dalam setiap apa yang dilakukan.

“Seronok berbual dengan adik Izz Imil. Negara berbangga dan seluruh Malaysia mendoakan anda. Kita jumpa lagi nanti,” katanya.

Izz Imil yang mendaftar masuk ke UM, baru-baru ini mendapat perhatian ramai selepas kisahnya tular di media sosial dan rata-rata warga maya berasa kagum dengan kepintaran serta kebijaksanaan kanak-kanak itu.

Kosmo! terdahulu melaporkan, Naib Canselor UM, Profesor Datuk Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman telah mengesahkan kemasukan pelajar cemerlang itu.

Katanya, Izz Imil telah melalui proses temuduga dengan Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan oleh universiti dan diluluskan Senat Universiti bagi menyambung pengajian di UM.

Bagaimanapun, pihaknya meminta kerjasama orang ramai untuk memberi ruang kepada Izz Imil dalam menyesuaikan diri sepanjang berada di universiti ke-60 terbaik dunia itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI