fbpx

MALBATT 850-11 di Lebanon selamat, UNIFIL aktif kubu perlindungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-11 dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan meskipun berlakunya serangan lsrael ke Lebanon, baru-baru ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, markas Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) turut mengaktifkan perlindungan di dalam kubu (bunker drill) mengikut prosedur yang telah ditetapkan sehingga keadaan terkawal.

Katanya, kesemua pasukan di bawah UNIFIL termasuk MALBATT 850-11 juga telah diarahkan untuk tidak melaksanakan operasi rondaan atau pergerakan logistik.

“Status semasa MALBATT 850-11 adalah dalam keadaan selamat dan tiada sebarang kemalangan jiwa mahupun kerosakan aset,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, sebarang perancangan untuk penarikan balik pegawai dan anggota pasukan MALBATT 850-11 ke Malaysia adalah tertakluk kepada kelulusan UNIFIL berdasarkan tahap keselamatan dan ancaman di dalam kawasan operasi.

“Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan terus memantau situasi di Selatan Lebanon dan akan mengemaskini sebarang perkembangan melibatkan pasukan MALBATT 850-11,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI