fbpx

LTdL 2024: Nur Aiman pelumba terbaik tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR Aiman menamatkan perlumbaan di tempat ke-25 pada peringkat keempat LTdL 2024 petang tadi.

BENTONG – Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Muhammad Nur Aiman Zariff bangga apabila dapat menjadi pelumba terbaik Malaysia selepas berada di kedudukan ke-25 pada peringkat keempat Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 petang tadi.

Menurut Nur Aiman, usaha untuk mencabar pakar jaguh pecut luar negara daripada pasukan Tudor Cycling Team dan EF Education tetapi nasib tidak menyebelahinya.

“Perlumbaa kali ini sangat mencabar tetapi saya tetap cuba berikan yang terbaik terutama pada awal saingan di Empangan Kuala Kubu Bharu.

“Pada sesetengah situasi dilihat agak agresif dan saya berusaha untuk mengekalkan kedudukan dengan memberikan cabaran kepada pelumba-pelumba handalan dari luar negara hingga pecutan pada 500meter terakhir.

“Secara peribadi, saya sangat gembira kerana ini adalah prestasi terbaik (setakat ini) dan boleh jadi pemangkin semangat sebelum mengharungi baki empat peringkat nanti,” katanya.

Sementara itu, TSG terpaksa melupakan khidmat pakar pecut, Harrif Saleh yang berkemungkinan sudah kepenatan selepas pendakian di Cameron Highlands semalam apabila gagal menamatkan perlumbaan pada masa akhir yang ditetapkan.

Selain Harrif, empat lagi pelumba Malaysia terpaksa melupakan LTdL 2024 disebabkan perkara sama iaitu, Zulhelmi Zainal (Nusantara Cycling Team), Fahmi Khairul, Izzat Hilmi Halil (Malaysia Pro Cycling) dan Azim Aliyas (skuad kebangsaan).  – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI