fbpx

Lembu jatuh lubang benam diselamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail menunjukkan Cinnamon terjatuh dalam lubang benam sebelum diselamatkan pasukan bomba pada 28 September lalu. - Instagram 

LONDON – Pasukan bomba England menyelamatkan seekor lembu yang terjatuh ke dalam lubang benam di Nenthead, lapor agensi berita United Press International (UPI) semalam. 

Menurut Balai Bomba Carlisle East, lembu jantan bernama Cinnamon itu ditemui terperangkap di dalam lubang benam pada 28 September lalu.

Gambar yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @carlisle_east_fire_station menunjukkan badan Cinnamon tertimbus di dalam tanah, manakala kepalanya terkeluar dan mendongak ke langit. 

“Mereka menemui seekor lembu jantan terperangkap di dasar lubang benam. 

“Anggota-anggota bersama petani menggali tanah di sekeliling haiwan itu sebelum menggunakan peralatan khas untuk menyelamatkan Cinnamon,” kata balai bomba tersebut. 

Cinnamon bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI