fbpx

Lelaki simbah asid depan sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bahan asid itu dilancarkan ke atas pelajar dan kakitangan sekolah di hadapan Akademi Westminster di Notting Hill. - Darren Fletcher 

LONDON – Seorang kanak-kanak perempuan cedera parah dengan beberapa lagi dimasukkan ke hospital selepas disimbah asid oleh seorang lelaki di hadapan sebuah sekolah di barat London, lapor akhbar The Sun UK semalam. 

Kejadian mengerikan itu berlaku di hadapan Akademi Westminster di Notting Hill sekitar pukul 4.22 petang (waktu tempatan). 

Menurut Polis Scotland Yard, bahan asid itu dilancarkan ke atas pelajar dan kakitangan sekolah semasa mereka mahu pulang ke rumah. 

“Suspek dipercayai memakai pakaian berwarna gelap, manakala wajahnya disembunyikan dengan topeng. 

“Dia menaiki e-skuter untuk beredar dari tempat kejadian,” katanya. 

Tiga mangsa ditemui cedera iaitu dua pelajar, masing-masing berumur 16 dan 14 tahun. Seorang wanita berusia 27 tahun turut cedera. 

“Gadis itu berisiko mengalami kecacatan kekal, manakala kecederaan seorang lagi pelajar tidak mengancam nyawa,” tambah polis. 

Ketiga-tiga mangsa dimasukkan ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan lanjut. . 

“Saya memberi jaminan kepada orang ramai bahawa siasatan menyeluruh sedang dijalankan dan pegawai kami tidak akan berhenti sehingga suspek ditemui dan ditahan,” kata Ketua Detektif Inspektor, Dean Purvis. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI