fbpx

JAS sangkal dakwaan jadi penghalang pembangunan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Abdul Latiff ketika soal jawab sesi interaktif bersama Ketua Pengarah JAS Bersama Media berhubung pindaan Rang Undang-Undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2024 dan EIA, Putrajaya hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

PUTRAJAYA – Jabatan Alam Sekitar (JAS) menyangkal dakwaan segelintir pihak kononnya jabatan ini menjadi penghalang kepada pembangunan negara susulan isu kelewatan dalam laporan penilaian impak alam sekitar (EIA).

Ketua Pengarah Alam Sekitar, Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata, dakwaan itu tidak benar sama sekali sebaliknya proses kelulusan dibuat mengikut garis panduan, polisi dan piagam ditetapkan jabatan.

Beliau berkata, pihaknya telah melaksanakan proses dengan betul dan ia bergantung kepada kecepatan kajian EIA yang diserahkan oleh perunding.

“Di luar sana, orang cakap kita ambil masa yang panjang dan ini tidak tepat. Rupanya apabila disemak, perunding yang ambil masa lama untuk siapkan kajian EIA. Ada juga kes dimana perunding maklumkan kepada pemaju bahawa JAS ambil masa lama untuk luluskan EIA sedangkan kajian mereka yang lambat siap.

“Malah, ada juga laporan yang kami terima dalam bentuk ‘copy and paste’. Ada sesetengah kes, projek yang akan dilaksana ditempat lain tapi kajian EIA dibuat ditempat lain,” katanya pada sesi interaktif bersama Ketua Pengarah Alam Sekitar Bersama Media berhubung pindaan Rang Undang-Undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2024 dan EIA, di sini hari ini.

Katanya, setakat ni, sebanyak 600 perunding EIA berdaftar dengan JAS malah, sudah ada perunding yang disenaraihitamkan kerana didapati menipu kajian EIA. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI