fbpx

Himpunan solidariti: Tujuh individu selesai dirakam keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rusdi (tengah) bercakap pada sidang akhbar pelupusan barang kes dadah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Kuala Lumpur Tahun 2024 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Seramai tujuh individu telah dirakam keterangan babit himpunan solidariti tidak mematuhi peruntukan undang-undang yang diadakan di pintu belakang Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Taman U-Thant, di sini, pada Isnin lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kertas siasatan berhubung kes itu akan diserahkan kepada Jabatan Peguam untuk tindakan lanjut.

“Setakat ini, tujuh individu telah selesai dirakam percakapan dan kertas siasatan akan diselesaikan dalam minggu ini.

“Keputusan bagi pendakwaan dan sebagainya akan diputuskan oleh Jabatan Peguam kelak,” katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Menurut beliau, segala himpunan yang dilaksanakan perlu memberi notis serta memohon kebenaran tuan tanah.

Terdahulu Kosmo! melaporkan polis membuka satu kertas siasatan berhubung perhimpunan solidariti berkenaan pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Wang Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, seramai tujuh orang menyatakan sokongan ke atas Palestine dan mengecam tindakan Israel dalam himpunan itu pada pukul 8.10 pagi.

“Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012,” katany.

Mohamad Lazim berkata, proses dokumentasi keatas semua peserta perhimpunan telah dibuat untuk siasatan selanjutnya.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terlibat dengan sebarang perhimpunan yang tidak mematuhi peruntukan undang-undang, tindakan akan diambil kepada mana-mana pihak yang terlibat,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI