fbpx

Fadhlina ketuai delegasi Malaysia ke Persidangan Menteri Pendidikan di Oman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina.

PUTRAJAYA – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengetuai delegasi ke Persidangan Menteri Pendidikan anjuran Islamic World Educational, Scientific and Cultural Organization (ICESCO) di Muscat, Oman yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan memaklumkan, pada persidangan itu Fadhlina bakal menyampaikan kenyataan dengan memberi tumpuan memastikan pendidikan berkualiti yang merupakan teras kepada pembangunan lestari.

“Beliau (Fadhlina) akan berkongsi amalan dan pengalaman Malaysia memperkasakan pendidikan digital dan bidang kecerdasan buatan (AI),” katanya hari ini.

Dalam pada itu, Menteri Pendidikan dijadual mengadakan beberapa pertemuan penting termasuk dengan Ketua Pengarah ICESCO dan ketua perwakilan negara anggota.

“(Ini) bagi bertukar pandangan berkaitan kerjasama di bawah inisiatif ICESCO dan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO),” ujarnya.

Persidangan ini melibatkan penyertaan Menteri Pendidikan dan delegasi daripada 27 buah negara anggota ICESCO.

Ia dianjurkan bertujuan untuk memperkukuh komitmen bagi mentransformasikan pendidikan selain merapatkan jalinan dan berkongsi amalan terbaik dalam bidang
pendidikan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI