PETALING JAYA – Cuaca baik dan cerah dilihat berlaku di seluruh kawasan Semenanjung pagi ini ekoran tiada amaran ribut petir dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia).
Keadaan sama turut berlaku sekitar Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Bagaimanapun, di Sarawak, beberapa bahagian dilaporkan alami hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang yang dijangka berlarutan sehingga 10 pagi ini.
“Antara kawasan terlibat adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Kapit (Song),” lapor MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE