fbpx

Banjir Kedah: Jumlah mangsa berkurangan kepada 574 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan penyelamat memindahkan mangsa banjir di Kampung Bukit di Derang, Pokok Sena baru-baru ini. Foto oleh SHAHIR NOORDIN/ KOSMO!

ALOR SETAR – Jumlah mangsa banjir di Kedah berkurangan kepada 574 orang daripada 193 keluarga sehingga pukul 9.30 pagi ini.

Kesemua mangsa berada di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah iaitu Baling, Kota Setar dan Pokok Sena.

Mengikut data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah mangsa di Baling seramai 254 orang daripada 93 keluarga ditempatkan di lima PPS, Kota Setar 241 orang daripada 75 keluarga di tiga PPS, manakala Pokok Sena 79 orang daripada 25 keluarga di dua PPS.

Sementara itu, tiada sungai yang berada pada paras bahaya setakat ini dan hanya Sungai Anak Bukit di Kota Setar mencatatkan paras amaran.

Dua lagi sungai iaitu Sungai Anak Bukit dan Sungai Kedah, juga di Kota Setar berada pada paras waspada. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI