GEORGE TOWN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menyita 216 unit topi keledar jenama ARAI tiruan selepas menyerbu sebuah premis di Sungai Bakap, Nibong Tebal semalam.
Pengarahnya, S. Jegan berkata, serbuan dilakukan pihak KPDN bersama wakil pemilik hak cipta di premis yang disyaki menjual barang salinan langgaran karya seni ARAI.
Katanya, premis terbabit didapati menjalankan perniagaan sebagai pemborong helmet dan aksesori motorsikal.
“Sebanyak 216 unit topi keledar jenama MHR yang mengandungi tanda karya seni ‘ARAI’ disita dan jumlah sitaan dianggarkan bernilai RM 54,000,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE