fbpx

‘Wallahi tak disunting’ – Netizen tak percaya klip ‘iblis’ Zara Zya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zara Zya mendedahkan perkara mistik yang berlaku kepadanya dalam sebuah podcast.

PETALING JAYA – Meskipun sudah menafikan suara garau yang ‘terakam’ menyebut perkataan ‘iblis’ dalam sebuah audio siar datang daripadanya, ramai dalam kalangan netizen yang tidak mempercayai penjelasan aktres tersebut. 

Dalam pada ramai netizen yang berasa seram dengan klip temu bual, ada juga sebilangan besar mereka yang geli hati dengan penjelasan Zara atau nama sebenarnya, Zainurul Razia Mohd. Zainuddin. 

“Zara Zya ni lawaklah. Dia ada bakat jadi vokalis melodic death metal. 

“Saya tengah tengok video audio siar (podcast) Zara Zya. Secara tiba-tiba pintu pejabat saya terbuka dengan sendiri,” demikian seloroh berbaur sindiran peminat. 

Terdahulu, Zara menjelaskan suara yang bertukar menjadi garau apabila menyebut perkataan ‘iblis’ dalam satu podcast tidak disunting. 

“Wallahi, ketika saya sebut perkataan iblis itu, suara saya tidak disunting. Itulah suara dia (iblis), dia ada,” jelasnya menerusi X. 

Sebelum ini, Zara juga pernah berkongsi perkara mistik iaitu bertukar menjadi ular dalam mimpi selain menceritakan pengalaman diganggu makhluk halus ketika menjalani penggambaran. Dia juga mengakui memiliki kebolehan melihat jin dan syaitan. 

Dia juga mendedahkan pernah ingin membaham kucing sendiri angkara gangguan ghaib. 

“Benda itu berpanjangan sampai setahun sampaikan nak tengok binatang itu (kucing sendiri) pun saya tak boleh,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI