fbpx

[VIDEO] Pura-pura langgar sebelum ragut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian ragut itu.

SHAH ALAM – Seorang jurujual kereta kerugian RM1, 500 selepas rantai lehernya diragut dalam kejadian di Setia Alam, Sabtu lalu.

Kejadian kira-kira pukul 6. 14 petang berlaku selepas suspek yang menunggang motosikal Yamaha 135 LC berpura -pura melanggar kereta dinaiki mangsa lelaki berusia 29 tahun ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, mangsa kemudiannya keluar dan melihat kerosakan kereta sebelum rantai lehernya ditarik suspek lalu melarikan diri.

“Suspek hanya berjaya melarikan separuh sahaja rantai leher kerana sempat ditarik semula oleh mangsa.

“Jumlah kerugian dianggarkan lebih kurang RM1, 500 dan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, aksi ragut tersebut berjaya dirakam video papan pemuka (dashcam) kereta mangsa.

Mohd. Iqbal menambah, usaha untuk mengesan dan menangkap suspek sedang giat dijalankan dengan orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Shatish ditalian 010-5643645.

Kes disiasat mengikut Seksyen 392 kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI