fbpx

MyJPJ ‘terganggu’, ramai semak kelayakan lesen Kelas B

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aedy Fadly (tiga dari kiri) meninjau hari pertama Sesi Ujian Penuh Pelaksanaan Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LLM Kelas B di AMSA Bangi Driving Academy, Sungai Merab hari ini. - Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI / KOSMO!

KAJANG – Progam Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2/B1 kepada B yang bermula hari ini mendapat maklum balas tinggi daripada orang ramai yang ‘menerjah’ aplikasi MyJPJ bagi menyemak kelayakan masing-masing.

Justeru Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli berharap orang ramai supaya bersabar susulan masalah dihadapi.

“Berdasarkan maklum balas memang tinggi, permintaan itu agak tinggi. Sistem kami ada sedikit masalah disebabkan trafik tinggi untuk masuk MyJPJ bagi menyemak kelayakan.

“Saya harap orang awam bersabar dan mengikut prosedur yang ditetapkan. Semak dahulu dan kemudian tentukan institut memandu (IM) yang mahu dipilih.

“Dalam masa sama, JPJ sedang mengambil tindakan dan dalam perancangan menaik taraf sistem,” katanya pada hari pertama Sesi Ujian Penuh Pelaksanaan Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B di AMSA Bangi Driving Academy, Sungai Merab di sini hari ini.

Pada Ogos lalu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dipetik berkata, program yang bermula pada 1 Oktober itu membolehkan pemegang lesen B1 dan B2 beralih kepada B dengan mengikuti syarat-syarat ditetapkan.

Mengulas lanjut, Aedy Fadly berkata, sebanyak 180 institut memandu di seluruh negara bersetuju untuk menawarkan program tersebut dan senarainya akan dimuat naik dalam portal JPJ.

Katanya, pemegang lesen boleh menyemak dahulu syarat kelayakan melalui aplikasi MyJPJ, portal mySIKAP awam (https://public.jpj.gov.my) atau kaunter JPJ.

“Kadar siling fi kepada IM bagi program ini adalah sebanyak RM160 merangkumi pendaftaran dan insurans pelajar, kursus peralihan dan penyesuaian (dua jam), fi perkhidmatan (termasuk sewaan kenderaan dan litar) dan fi ujian JPJ.

“Tujuan program ini untuk menaik taraf pemegang LLM Kelas B2 dan B1 kepada Kelas B tertakluk kepada syarat ditetapkan dan tiada lagi permohonan baharu bagi mendapatkan LMM Kelas B1 di IM,” katanya.

Antara syarat kelayakan itu adlaah warga Malaysia, memegang Lesen Memandu Kompeten (CDL) Kelas B2/B1 mencukupi tempoh 10 tahun dan ke atas yang sah dan berkuat kuasa diikuti tempoh kuat kuasa CDL Kelas B2/B1 aktif berterusan.

Tiada rekod tamat kuat kuasa CDL Kelas B2/B1 atau tidak pernah dikenakan fi penyelarasan sepanjang tempoh 10 tahun pemilikan CDL bagi kelas tersebut selain bebas senarai hitam JPJ Polis Diraja Malaysia, tunggakan saman, sekatan urus niaga, rekod disabitkan kesalahan berat atau sebarang perkara belum selesai di bawah Akta 333. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI