fbpx

Tahap mental kanak-kanak rumah amal GISBH dinilai – Dr Dzulkefly

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr Dzulkefly ketika sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia Tahun 2024 di Kementerian Kesihatan Malaysia, hari ini. -Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) dalam proses menilai tahap kesihatan mental kanak-kanak yang diselamatkan dari 20 buah rumah amal dikaitkan dengan GISB Holdings (GISBH) menerusi Op Global baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, buat masa ini, mangsa ditempatkan di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Kuala Lumpur dan berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Beliau berkata, sejak diselamatkan, kanak-kanak tersebut diberikan kaunseling oleh JKM dan kaunselor KKM.

“Saya belum menerima statistik (kanak-kanak alami kesihatan mental). Kalau (data) lebih jelas dan lebih konkrit, saya tidak boleh menyebutnya secara spesifik.

“Apapun banyak perkara masih dalam siasatan dan kami terlibat untuk memberi kaunseling dan saya percaya Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH) akan terlibat,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan sambutan Hari Warga Emas peringkat KKM, di sini hari ini.

Menurut beliau, KKM memberi kerjasama penuh terhadap isu membabitkan kanak-kanak tersebut terutama berkaitan aspek kesihatan.

Dr Dzulkefly berkata, pihaknya akan memberikan sokongan perkhidmatan secara khusus berlandaskan kepakaran dalam KKM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI