fbpx

Skechers perkenal koleksi kasut untuk pemain, peminat sukan bola keranjang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Koleksi kasut terbaharu Skechers yang memiliki ciri memberi sokongan terbaik kepada atlet yang terlibat dalam sukan bola keranjang.

PETALING JAYA – Skechers, jenama kasut popular yang menjadi pilihan pelbagai peringkat umur, kini menawarkan koleksi terbaharunya, Skechers Basketball untuk lelaki yang didatangkan dalam empat pilihan iaitu SKX League High, SKX Nexus, SKX Resagrip dan juga  SKX Reign.

Koleksi terbaharu ini dibangunkan melalui kajian yang mendalam untuk memberi keselesaan kepada pemain bola keranjang khususnya  bagi kumpulan profesional dan juga amatur kerana sukan tersebut  memerlukan gerak langkah pantas, lompatan dan larian.

Ia turut menjadi pilihan mereka yang baru berjinak-jinak dalam sukan tersebut.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan bersempena majlis pelancaran koleksi terbaharu itu,  koleksi kasut khusus untuk sukan bola keranjang itu telah digabungkan dengan teknologi canggih Skechers serta memiliki ciri-ciri yang pelbagai sebagai mekanisme sokongan untuk bahagian tengah kaki, balutan tengah kaki, sistem kilasan dan juga ciri penguncian buku lali bagi memastikan kestabilan dan meningkatkan tahap keselamatan ketika sedang bermain.

Ciri umum utama kasut Skechers Basketball adalah memiliki kusyen yang dinamik dan menggabungkan dengan sistem kusyen termaju seperti Hyper Burst atau 5-Gen yang akan memberikan padding yang ringan, responsif dan selesa.

Koleksi kasut berkenaan turut memiliki ciri reka bentuk bernafas yang mana setiap model mempunyai bahan bahagian atas yang boleh bernafas sama ada melalui kulit berjaring atau berlubang untuk menggalakkan keselesaan dan aliran udara semasa penggunaan.

Ditawarkan pada harga antara RM399 seunit sehingga RM599 seunit itu, koleksi terbaharu Skechers Basketball memberi pilihan warna yang menarik kepada para peminatnya.

Bagi koleksi SKX League High, ia memiliki pilihan warna putih dan hitam yang mana untuk SKX League High berwarna hitam dicipta khusus untuk pemain yang mahukan lebih kestabilan dan sokongan ketika berada di gelanggang.

Bagi mereka yang mencari kasut yang memiliki sokongan untuk bahagian buku lali, SKX Nexus yang dibangunkan Skechers Resilient Move Foam untuk memberi perlindungan yang tinggi ketika sedang bersukan.

“Koleksi kasut ini memiliki bahagian atas yang rendah dan ia mempunyai sokongan buku lali kolar yang selesa serta kuncian tumit selain bahagian atas yang berjaring, ringan dan bernafas bagi memastikan kaki ahli sukan itu kekal sejuk semasa sedang bermain,” jelasnya.

Selain itu, SKX Resagrip yang ditawarkan dengan warna merah/hitam dan hitam emas itu memiliki gabungan keselesaan yang ringan hasil kerjasama kajiannya dengan Goodyear Rubber Technology. 

Koleksi SKX Reign ditawarkan dengan pilihan warna putih/merah/ hitam dan juga hitam, ungu dan merah jambu yang turut menggabungkan kajian kerjasama dengan tapak luar Goodyear Rubber Technology bagi memberi keselesaan kepada pemakai.

“Ciri lain yang terdapat pada kasut tersebut adalah sockliner yang selesa, tumit berkunci dengan balutan pertengahan kaki yang diletakkan secara strategik untuk pemain yang lebih suka kepada kestabilan,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI