fbpx

Seorang parah, dua cedera ringan nahas tujuh kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kereta yang terlibat nahas membabitkan tujuh buah kenderaan di Kilometer 257, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Kuala Kangsar, semalam. - Foto JBPM

KUALA KANGSAR – Seorang wanita parah manakala dua lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan tujuh buah kenderaan di Kilometer 257, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, maklumat kemalangan itu diterima pada pukul 10.28 malam.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar dan Meru Raya dihantar ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat.

“Kemalangan melibatkan lima buah kereta dan dua buah motosikal. Seramai lapan mangsa terlibat dalam nahas itu di mana seorang pemandu kereta Perodua Myvi parah selepas kereta dipandunya terbalik ke susur jalan.

“Dua penunggang motosikal pula cedera ringan manakala lima mangsa lain tidak cedera,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, operasi menyelamat segera dijalankan di mana mangsa yang parah dibantu untuk dihantar ke hospital menggunakan ambulans.

“Dua lagi mangsa yang cedera ringan diberikan rawatan awal dan dihantar ke hospital dengan menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS). Operasi tamat pada pukul 11.49 malam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI