fbpx

Ribuan berpindah, Super Krathon bawa angin 245 kilometer sejam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PETUGAS televisyen merakam gambar ombak semakin besar di Pantai Sizihwan, Kaohsiung ketika Taufan Krathon menghala ke Taiwan hari ini. – AFP

TAIPEI – Taiwan menutup sekolah dan memindahkan beribu-ribu orang di selatan pulau itu hari ini menjelang ketibaan Taufan Super Krathon yang dibimbangi akan mencetuskan ‘kerosakan sangat besar’.

Krathon yang membawa tiupan angin mencecah 245 kilometer sejam, dijangka tiba di daratan dekat bandar pelabuhan utama Kaohsiung esok.

Pejabat dan sekolah di selatan serta timur Taiwan ditutup, manakala kementerian dalam negeri berkata, lebih 7,700 orang telah dipindahkan dari kawasan berisiko sebagai langkah berjaga-jaga.

Terdahulu, Presiden Lai Ching-te memberi amaran bahawa Krathon akan mengakibatkan kerosakan yang besar.

“Laluan Krathon adalah jarang berlaku, ribut ini masuk dari arah selatan dan keluar dari timur. Justeru, kita perlu untuk sangat berwaspada,” katanya semasa satu taklimat kerajaan.

Menurutnya, seramai 40,000 anggota tentera bersiap sedia untuk melaksanakan misi bantuan.

Dalam perkembangan sama, berpuluh-puluh penerbangan antarabangsa dan domestik di Taiwan telah dibatalkan. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI