fbpx

[VIDEO] Polis kesan pemandu kereta disyaki terlibat kes langgar lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang memaparkan pemandu sebuah kereta kelihatan melanggar sebuah motosikal lalu melarikan diri dalam kemalangan di lampu isyarat berhampiran sebuah hospital swasta di Bayan Baru, Pulau Pinang.

BALIK PULAU – Polis sedang mengesan pemandu sebuah kereta yang disyaki terlibat dalam kemalangan langgar lari membabitkan penunggang motosikal dalam kemalangan di lampu isyarat berhampiran sebuah hospital swasta di Bayan Baru, di sini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, kira-kira pukul 1.30 tengah hari tadi, pihaknya telah mengesan satu video berdurasi 53 saat dimuat naik oleh pemilik akaun X @Update11111 yang memaparkan kejadian tersebut.

“Laporan polis telah dibuat oleh mangsa, seorang wanita berusia 24 tahun hari ini, kira-kira pukul 2.23 pagi. Mangsa cedera di muka, gigi, belakang badan dan bahu selepas dilanggar kereta tersebut,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Rohayu Mohamad Rodzi di talian 019-3441817,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI