fbpx

Pasfa bantu pesawah terbeban harga bajak naik seratus peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengurus Besar Pasfa Pahang, Shahril Shamsir (dua dari kanan) menyerahkan cek sumbangan Mesyuarat Agung Tahunan daripada Peladang Ekslusif (M) Sdn. Bhd. kepada Pasfa yang diwakili Zamri.

BENTONG – Pesawah jelapang padi di Rompin dan Pekan di sini yang terbeban dengan kenaikan mendadak upah mesin bajak mampu menarik nafas lega apabila Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (Pasfa) berjanji menawarkan perkhidmatan mesin bajak dengan kadar upah lebih rendah dan berpatutan.

Selaras dengan penghapusan subsidi diesel baru-baru ini menyaksikan pengusaha jentera bajak swasta menaikkan harga upah sehingga hampir seratus peratus menyebabkan lebih 4,000 pesawah semakin terbeban akibat kenaikan ‘kos sawah’ termasuk harga input pertanian dan upah.

Difahamkan terdapat kenaikan harga upah sehingga RM120 bagi pembajakan untuk keluasan tanah 0.4 hektar (satu ekar) yang sebelum ini hanya antara RM60 hingga RM70 sahaja bagi keluasan yang sama.

Pengerusi Pasfa, Datuk Zamri Yaakob berkata, pihak Pasfa sedia membantu pesawah yang dilihat begitu terbeban dengan kenaikan pelbagai input pertanian dengan menawarkan perkhidmatan membajak.

“Kita ada unit Pasfa Jentera yang mana kita mempunyai mesin bajak dan jentera menuai yang kebanyakannya (upah) kita boleh beri pada harga yang lebih murah dan rendah.

“Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) pun setiap tahun ada bagi kita traktor dan jentuan secara geran percuma jadi kita boleh gunakan dan harga jadi rendah,”katanya pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agungg Pasfa ke-51 di sini semalam.

Menurut Zamri pihaknya mempunyai Unit Pasfa Jentera sejak dahulu yang boleh memberikan perkhidmatan kepada pesawah yang memerlukan dengan menawarkan harga yang rendah meskipun berlaku penghapusan subsidi diesel.

Katanya, pihaknya masih boleh menawarkan kadar upah pada harga lama iaitu antara RM150 hingga RM170 bagi dua kali upah membajak untuk kawasan sawah seluas 0.4 hektar yang jauh berbeza daripada pihak swasta yang dikatakan menawarkan upah sehingga RM120 bagi sekali bajak untuk keluasan sama.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI