fbpx

Ada pelatih TVET Mara dikesan solat tunggang-langgang – Asyraf Wajdi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asyraf Wajdi terkejut ada pelajar yang masuk GiatMara dan Institut Kemahiran Mara (IKM) apabila diuji syahadah dan solat masih tunggang-langgang

PETALING JAYA – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mahu semua institusi Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mara menekankan asas-asas fardu ain seperti Tahsin solat.

Asyraf Wajdi berkata, beliau terkejut ada pelajar yang masuk GiatMara dan Institut Kemahiran MARA (IKM) apabila diuji syahadah dan solat masih tunggang-langgang.

“Dalam perbincangan saya dengan Bahagian Pendidikan Mara, memandangkan kerajaan telah mula mengarus-perdanakan dasar TVET di mana Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) adalah setaraf dengan SPM, pelajar-pelajar yang tidak melalui pendidikan arus perdana atau kumpulan ‘drop-out’ atau yang tercicir hampir 100 ribu pelajar yang diberi peluang menyambung pengajian di Giatmara umpamanya mesti dicanai juga aspek asas-asas agama.

“Ini kerana ada juga bila diuji, yang tidak fasih mengucap syahadah bahkan solat pun masih caca merba.

“Justeru, saya telah meminta Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Mara untuk mewujudkan jawatankuasa menggubal modul khas agama bagi memantapkan dan memperkasakan asas-asas agama termasuk aqidah dan fardu ain,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Jelasnya, kemahiran asas seperti pengurusan jenazah juga turut dimasukkan sebagai kemahiran tambahan yang boleh menjadikan mereka bermanfaat dalam komuniti masyarakat di lokaliti masing-masing.

“Modul ini boleh dimasukkan dalam kurikulum TVET di semua institusi pendidikan Mara seperti GiatMara, Institut Kemahiran Mara, Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Malaysian-Japanese Industrial Institute dan German Malaysia Institute.

“Mara mahu melahirkan generasi TVET yang holistik dan seimbang teradun dengan empat elemen RISE (Religion, Innovation, Skill and Entrepreneurship). Insya-Allah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI