fbpx

Malaysia, Korea Selatan cadang tambah baik MoU ICT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi mengadakan perbincangan dua hala dengan Yoo Sang-Im di Seoul, pagi tadi.

PETALING JAYA – Malaysia dan Korea Selatan berhasrat untuk menambah baik inti pati memorandum persefahaman (MoU) melibatkan kerjasama dua hala dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), menjelang November ini.

Hasrat berkenaan disuarakan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil ketika mengadakan perbincangan dua hala dengan Menteri Sains dan ICT Republik Korea, Yoo Sang-Im di Seoul, pagi tadi.

Perjumpaan itu berlangsung sempena persidangan GSMA M360 APAC 2024.

“Kami berhasrat untuk menambah baik inti pati memorandum persefahaman (MoU) melibatkan kerjasama dua hala dalam bidang ICT menjelang November ini. MoU itu telah ditandatangani pada 2019 oleh Malaysia dan Republik Korea.

“Aspek penambahbaikan dicadangkan termasuk melibatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang kini semakin meluas digunakan dalam pelbagai bidang, sejajar perkembangan era digital,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau juga mengadakan perbincangan dengan syarikat-syarikat telekomunikasi di negara itu dengan memberi fokus bukan sekadar kepada infrastruktur 5G tetapi ‘AI-powered 5G’ dalam memanfaatkan internet yang laju untuk aplikasi AI.

“Mereka tidak memandang kepada 6G sekarang sebab mereka baru selesai pelaksanaan 5G sepenuhnya.

“Dalam kebanyakan perbincangan saya, sama ada dengan menteri atau pihak industri, mereka menunjukkan bahawa fokus sekarang adalah aplikasi.

“Internet 5G memang laju, tapi bila sudah laju, apa kita buat dengan kelajuan? Jadi, fokusnya adalah AI,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI