fbpx

LTdL 2024: Jaguh pecut negara berehat enam bulan – Jurulatih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Elmi masih menerima rawatan di hospital swasta di Butterworth ketika ini. Foto ihsan skuad berbasikal kebangsaan

CAMERON HIGHLANDS – Pasukan kebangsaan Malaysia mengesahkan jaguh pecut, Mohd. Elmi Jumari mungkin terpaksa berehat hampir enam bulan selepas terlibat dalam kemalangan pada Peringkat 2 saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 semalam.

Pada perlumbaan yang berakhir di Butterworth itu, Mohd. Elmi terlibat dalam kemalangan ketika menghampiri garisan penamat selepas mengalami kecederaan patah tulang jari kanan dan kiri selain selangka.

Jurulatih skuad kebangsaan, Mohd. Yusof Nasir berkata, kecederaan pelumba senior berusia 34 tahun itu berada dalam keadaan terkawal selepas menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta di Butterworth.

“Mohd. Elmi sudah selesai menjalani pembedahan di jari tangan kirinya malam tadi. Selepas ini, pembedahan akan dilakukan melibatkan tulang selangka dan jari kanan.

“Namun, sama ada nak buat di Butterworth atau Kuala Lumpur itu, kena ada perbincangan semula dengan pihak hospital nanti.

“Apa yang pasti, kemungkinan dia akan berehat sekitar enam bulan kerana kecederaannya agak serius,” katanya ketika ditemui Kosmo!.

Sementara itu, Mohd Yusof turut mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang pantas menyalurkan bantuan kepada Mohd. Elmi.

Malah, kemalangan itu turut menyebabkan basikal digunakan Elmi yang bernilai kira-kira RM36,000 rosak teruk pelumba berpengalaman itu turut didenda 200 Swiss France (RM978.50) oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) kerana didakwa menjadi punca kemalangan terbabit.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Hannah yang melalui MSN dan KBS membantu setiap keperluan kami sepanjang di hospital dan bantuan bagi membantu kami dari segi basikal yang patah dan rosak.

“Terima kasih kepada YB, MSN, KBS dan PKBM (Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia) kerana membantu menyelesaikan semua ini,” katanya.

Skuad negara kini bakal meneruskan baki perlumbaan dengan lima pelumba iaitu Muhammad Yusri Shaari, Abdul Azim Aliyas, Tsen Ren Bao, Afiq dan Muhsin Al Redha Misbah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI