fbpx

Lelaki dikhuatiri dibaham buaya ketika memukat ikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki dikhuatiri dibaham buaya ketika memukat ikan di sungai dekat sebuah ladang di Kunak pagi semalam. -Foto JBPM

KUNAK – Seorang lelaki dikhuatiri dibaham buaya ketika memukat ikan di sungai dekat sebuah ladang pagi semalam.

Mangsa Ridwan Nawir, 50, dikatakan ke sungai untuk menjalankan aktiviti memukat di sungai berkenaan, sebelum dipercayai disambar buaya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kunak Mohammad Omarbatha berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 11.18 pagi.

Katanya, seramai enam anggota dna pegawai bersama dua buah jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Operasi turut dibantu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Hidupan Liar (JHL) dan bot orang kampung.

“Sebaik tiba, pasukan bomba dimaklumkan mangsa telah disambar buaya ketika menjalankan aktiviti memukat ikan di sungai berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba segera menjalankan operasi SAR dengan kaedah pencarian dipermukaan air di sepanjang sungai berkenaan bersama dengan agensi lain dan orang awam.

“Setakat ini, pasukan operasi masih gagal menemukan mangsa dan maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI