fbpx

Lelaki cari gaduh dengan ular sawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEEKOR ular sawa membelit seorang lelaki di Hong Kong. - Foto Jam Press

HONG KONG – Seorang lelaki mabuk bergaduh dengan seekor ular sawa ketika dia dalam perjalanan pulang dari sebuah pub di Hong Kong, lapor portal berita metro.co. uk semalam.

Rakan-rakannya berkata, dia terserempak dengan ular sepanjang 2.01 meter itu dalam perjalanan pulang dari pub tempatan di Huizhou, utara pulau itu.

Berasa dirinya berani, lelaki mabuk itu kemudian mengusik ular sawa besar itu di hadapan rakan-rakannya.

Namun, reptilia itu berjaya mengatasinya dan membuat belitan, memaksa rakan-rakannya menghubungi bomba.

Mereka menggunakan galah tangkapan untuk menangkap ular itu dan memaksanya melonggarkan belitan.

Anggota bomba kemudian dilihat memasukkan reptilia yang berjaya ditangkap itu ke dalam guni.

Menurut laporan, lelaki mabuk itu enggan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan dan meninggalkan tempat kejadian bersama rakan-rakannya.

Anggota-anggota bomba tu membawa ular sawa yang ditangkap ke tempat terpencil dan melepaskannya ke habitat liar. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI