fbpx

KPT tunggu laporan penuh GISBH sebelum salurkan keperluan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zambry ketika berucap merasmikan bulan Akademia di UiTM Shah Alam. -Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

SHAH ALAM – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menunggu laporan penuh berhubung isu GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) sebelum tindakan atau keperluan dilakukan kepada mangsa yang diselamatkan termasuk pembelajaran di peringkat institut pengajian tinggi (IPT).

Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, pihaknya akan menyalurkan bantuan sekiranya diperlukan bagi pendidikan mereka.

Beliau turut memaklumkan, kementeriannya juga belum mendapat laporan lengkap sama ada pensyarah atau pelajar di peringkat universiti terlibat dalam isu itu.

“Paling mustahak adalah keadaan yang berlaku kepada mereka ketika ini ditangani oleh pasukan khas yang telah dibentuk.

“Jadi biarlah komentar mengenai mereka ini dilakukan melalui ‘task force’ ini. Dalam hal apa pun yang diputuskan pihak kerajaan termasuk kalau sekiranya diperlukan penglibatan KPT, kita akan salurkan kalau diperlukan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan bulan Akademia di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas sebarang tindakan KPT dalam menyantuni mangsa-mangsa yang diselamatkan dalam Op Global termasuk pengajian di peringkat kolej komuniti.

Sejak Op Global fasa pertama bermula pada awal September, lebih 300 orang termasuk pengurusan GISBH ditahan dan 572 mangsa diselamatkan serta lapan individu telah dituduh di mahkamah atas 33 pertuduhan.

Sebanyak 280 premis GISBH juga telah diperiksa menerusi fasa 4 Op Global yang bermula pada 21 September lalu.

Op Global dilaksanakan bagi membanteras kegiatan eksploitasi kanak-kanak dan dakwaan doktrin ketaksuban agama yang dikaitkan dengan GISBH. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI