fbpx

KPKT terima 3 pengiktirafan Malaysia Book of Records

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kor Ming menerima sijil MBOR daripada Ketua Pegawai Eksekutif MBOR, Christoper Wong Hong Wai (dua kiri) pada majlis penyerahan sijil berkenaan sempena Hari Cuci Malaysia : Pembersihan Mega Seluruh Negara di Putrajaya, hari ini. -Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melakar sejarah apabila menerima tiga pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR).

Kejayaan itu diraih susulan penganjuran program Hari Cuci Malaysia 2024 yang diadakan buat julung kali di seluruh negara pada Sabtu lalu sempena dengan World Cleanup Day.

Menterinya, Nga Kor Ming menerima ketiga-tiga sijil berkenaan yang disampaikan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif MBOR, Christopher Wong di Bangunan KPKT, di sini hari ini.

Ia melibatkan penyertaan paling ramai secara serentak di seluruh negara selain kutipan sisa pepejal paling berat serta tempoh masa bagi aktiviti gotong royong yang lebih lama.

Berucap pada majlis penyerahan sijil tersebut, beliau gembira dan berhasrat menjadikan Hari Cuci Malaysia sebagai acara tahunan yang dianjurkan oleh kementerian berkenaan.

“Justeru, saya mengumumkan bahawa hari Sabtu minggu terakhir setiap bulan September ialah Hari Cuci Malaysia malah adalah antara agenda utama KPKT setiap tahun,” katanya.

Mengulas lanjut, Kor Ming berkata, KPKT berjaya mencatatkan rekod baharu iaitu seramai 58,007 peserta, melebihi sasaran awal 50,000 untuk program yang diadakan Sabtu lepas.

Angka itu sekali gus ujarnya, telah mengatasi pencapaian MBOR sebelum ini yang hanya merekodkan 35,685 peserta anjuran Universiti Teknologi Mara pada 29 September 2023. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI