fbpx

KKM lancar 2 pelan tindakan bagi perkasa warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr Dzulkefly melihat buku Pelan Tindakan Perkhidmatan Kesihatan Warga Emas 2023-2030 selepas merasmikan Majlis Perasmian Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia Tahun 2024 di Kementerian Kesihatan Malaysia, hari ini. -Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) melancarkan dua pelan tindakan bagi memperkasakan perkhidmatan kesihatan warga emas di negara ini.

Dua pelan berkenaan iaitu Pelan Tindakan Perkhidmatan Kesihatan Warga Emas KKM 2023-2030 dan Pelan Tindakan Dementia 2023-2030.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kedua-dua pelan itu menyediakan hala tuju perkhidmatan kesihatan warga emas sehingga tahun 2030.

Beliau berkata, kedua-dua pelan itu mengariskan strategi pemerkasaan penjagaan kesihatan warga emas supaya golongan itu kekal sihat dalam komuniti dibantu pelbagai program pencegahan dan penjagaan diri.

“Objektif lain pelan itu termasuk memperluas kebolehcapaian perkhidmatan kesihatan primer kepada warga emas menerusi klinik desa yang bermula sejak Julai 2019 dan sehingga Jun 2024.

“Buat masa ini, sebanyak 416 buah klinik desa telah terlibat,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan sambutan Hari Warga Emas peringkat KKM, di sini hari ini.

Katanya, pelan-pelan tindakan ini sekali gus memberi hala tuju yang lebih jelas dan strategik dalam pelaksanaan perkhidmatan kesihatan yang lebih holistik dan berkesan melalui pendekatan seluruh kerajaan dan seluruh masyarakat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI