fbpx

Kita hentikan subsidi, kalau ada keputusan Kabinet – Zambry

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zambry ketika ditemui pemberita di UiTM Shah Alam hari ini. -Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

SHAH ALAM – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersedia melaksanakan penghentian subsidi untuk golongan kaya sekiranya terdapat keputusan Kabinet mengenainya.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, ketika ini apa disarankan adalah supaya golongan kaya atau T20 mempunyai tanggungjawab sosial dan moral agar tidak mengambil kesempatan terhadap subsidi yang disediakan kerajaan.

Katanya, ini seterusnya membolehkan mereka benar-benar memahami aspek dan kepentingan subsidi tersebut.

“Kita akan melaksanakan sekiranya satu keputusan Kabinet ditentukan, kita akan dibuat.

“Apa yang disebut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu adalah agar tanggungjawab moral di kalangan golongan ini terhadap ruang dan peluang pendidikan adalah benar-benar difahami,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan Anwar memberi bayangan kerajaan akan menilai semula peruntukan subsidi bagi sektor pendidikan yang dinikmati oleh golongan kaya.

Perkara berkenaan antara fokus yang akan diberikan keutamaan oleh kerajaan menerusi Belanjawan 2025 pada 18 Oktober nanti dengan harapan ia dapat memanfaatkan golongan memerlukan.

Mengulas lanjut, Zambry berkata, ini seterusnya akan menunjukkan dan membuktikan prinsip keadilan sosial dalam pengagihan subsidi kepda mereka yang benar-benar layak.

“Sewajarnya, mereka (golongan T20) perlu ada mekanisme dalaman diri. Mereka tahu bahawa meskipun anak-anak mereka hendak belajar contohnya di UiTM atau universiti lain. Tetapi dia tahu bahawa disebalik keistimewaan tempat ini dan sewajarnya anak dia tidak perlu dapat keistimewaan subsidi disediakan kerajaan.

“Bayangkan mereka yang berpendapatan tinggi pun hendak ambil kesempatan itu tetapi apa yang Perdana Menteri syorkan adalah supaya ada tanggungjawab sosial dan moral yang perlu dilakukan (golongan kaya),” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI