fbpx

Iran tidak hantar tentera ke Lebanon, Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail serangan Israel di Rafah pada 26 September lalu. - Foto AFP

TEHRAN –  Iran tidak akan mengerahkan tentera sama ada  ke Lebanon atau Semenanjung Gaza untuk menangani pencerobohan Israel, demikian menurut Kementerian Luar Tehran seperti laporan laman berita Arab News semalam.

“Tidak perlu untuk Republik Islam Iran  menghantar pasukan tambahan atau sukarelawan (ke Lebanon atau Gaza),” kata jurucakap kementerian itu, Nasser Kanani.

Beliau menambah, Lebanon dan pejuang-pejuang pro-Iran di Semenanjung Gaza mempunyai keupayaan dan kekuatan yang cukup untuk mempertahankan diri daripada pencerobohan tersebut.

Israel melancarkan serangan udara sengit di Lebanon terhadap Hezbollah yang dianggap Tel Aviv sebagai kumpulan paksi penentangan dan bersekutu dengan Iran, Syria, Yemen serta  Iraq.

Serangan Israel ke atas Beirut pada Jumaat lalu membunuh pemimpin  Hezbollah di Lebanon, Hassan Nasrallah yang didakwa mendapat pembiayaan dari Iran selama  bertahun-tahun.

Kannani turut berkata, negaranya tidak menerima sebarang permintaan untuk bantuan daripada daripada mana-mana pihak dalam isu Lebanon dan Semenanjung Gaza.

“Sebaliknya, kami dimaklumkan dan pasti bahawa mereka tidak memerlukan bantuan pasukan kami,” kata Kanani kepada pemberita di Tehran.

Beliau bagaimanapun berikrar bahawa Israel akan tetap menerima hukuman di atas jenayah yang dilakukannya terhadap rakyat Iran, anggota tentera dan pasukan penentangan.

Pada Isnin lalu, Presiden Iran, Masoud Pezeshkian melawat pejabat Hezbollah di Tehran untuk memberi penghormatan terakhir kepada Nasrallah, demikian menurut laman web kerajaan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI