fbpx

Hujan lebat, angin kencang badai tujuh negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat serta ribut petir di tujuh negeri sehingga pukul 12 tengah hari ini.

MetMalaysia memaklumkan negeri yang terlibat adalah Perlis, Kedah (Langkawi) dan Pulau Pinang (Barat Daya dan Timur Laut).

“Keadaan ini turut melibatkan Selangor (Kuala Langat dan Sepang), Negeri Sembilan (Port Dickson) dan Melaka.

“Sementara itu, di Johor melibatkan kawasan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru,” katanya.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam (mm/jam)yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI