fbpx

EPL: Ten Hag yakin kedudukan masih kukuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEN HAG

PENGURUS Manchester United, Erik Ten Hag masih percaya kedudukannya sebagai pengedali pasukan tersebut masih selamat biarpun terpaksa menanggung aib kekalahan memalukan 0-3 ketika berdepan Tottenham Hotspur di Old Trafford kelmarin.

Selepas berdepan dua kekalahan dalam lima perlawanan Liga Perdana Inggeris termasuk berdepan Liverpool di tempat sendiri sebelum ini, ramai yang menganggap aksi menentang Spurs adalah perlawanan ‘wajib’ menang untuk pengendali dari Belanda itu atau beliau perlu bersedia menerima akibat, namun misi tersebut gagal biarpun Ten Hag memiliki alasan ekoran layangan kad merah terhadap Bruno Fernandes.

Ten Hag mengakui tidak bimbang mengenai masa depannya bersama pasukan itu sambil percaya pihak pengurusan kelab sedia memberikannya lebih masa untuk membentuk skuad United yang benar-benar mantap dengan kehadiran beberapa pemain baharu pada jendela perpindahan lalu.

“Saya langsung tidak memikirkan mengenai masa depan di kelab ini. Kami sudah membuat keputusan pada musim panas lalu bersama pemilik dan pengurusan kelab ini untuk kekal bersama. Kami juga jelas mengenai apa yang perlu dibina dan ditambah baik dalam pasukan ini,” katanya.

Bagaimanapun, pengkritik bola sepak yang juga legenda kelab tersebut, Gary Neville menganggap aksi dipamerkan United ketika bertemu Spurs sangat teruk, manakala Jamie Redknapp pula semakin yakin bahawa Ten Hag bukanlah individu tepat untuk memacu perkembangan The Red Devils.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI