fbpx

‘Demi Allah, saya lambat dapat tahu fasal kematian baby Marissa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abby menafikan dakwaan sebilangan pihak yang menuduhnya menggunakan kematian anak Marissa sebagai konten media sosial.

PETALING JAYA – Pelakon Abby Abadi kesal apabila didakwa sengaja ‘pusing’ cerita mengenai respons diberikan berhubung berita kematian anak Marissa Dania, bulan lalu.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 47, menegaskan, memang hanya mengetahui puterinya kehilangan anak yang dilahirkan pramatang selepas urusan pengebumian disempurnakan.

“Fasal Marissa kematian baby tu, saya memang tak tahu dan lambat dapat tahu. Demi Allah saya tak tahu.

“Ada yang kata saya pusing cerita. Tahu tapi buat tak tahu, aduhai, apa yang pusingnya? Saya dapat tahu lepas semuanya selesai,” katanya menerusi InstaStory.

Ibu kepada enam anak itu berkongsi luahan tersebut bagi menjelaskan kepada pihak yang masih sangsi apabila dia didakwa menjadikan hal kematian tersebut sebagai konten.

Abby juga terkilan apabila sesetengah individu masih sukar menerima kenyataan, bahkan sanggup membuat tuduhan melulu.

“Kenapa susah sangat nak terima kenyataan saya? Semua nak kata kita buat cerita, buat ‘content’. Ingat orang tak ada kerja ke,” ujarnya.

Terdahuu, Abby menyuarakan kesedihan apabila menjadi orang terakhir yang mengetahui berita pemergian anak Marissa dan Ahmad Aslam sehingga meraih simpati ramai.

Ketika itu, hanya bekas suaminya iaitu Norman Hakim sahaja yang dimaklumkan mengenai perkara tersebut membuatkan pelakon Gerak Khas terbabit berjauh hati.

Begitupun, ketika pertemuan dengan media dalam sebuah acara, Marissa memaklumkan bukan mahu berahsia, sebaliknya Aslam lebih selesa berkomunikasi dengan bapanya.

Pada acara anjuran sebuah syarikat itu, Abby turut diundang sekali gus sama-sama mengikuti aktiviti senaman dengan Marissa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI