fbpx

Cawangan Rightside di pusat beli-belah MidValley diiktiraf MBOR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zhafran (tengah) pada majlis pelancaran outlet terbaharu Rightside di pusat beli-belah MidValley, Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Cawangan keempat Rightside di pusat beli-belah MidValley Mall telah mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Books Of Record (MBOR) sebagai restoran makanan segera berasaskan tumbuhan pertama di negara ini.

Menurut Pengerusi Eksekutifnya, Zhafran Yusof, dengan pengiktirafan tersebut, pihaknya berharap agar orang ramai dapat menerima segmen masakan segera berasaskan tumbuhan adalah pilihan yang lebih sihat berbanding makanan segera lain.

Ia juga akan menjadi pendorong kepada syarikat untuk sentiasa komited memenuhi keperluan pelanggan yang pelbagai termasuk vegan dan juga bukan vegan.

“Kami menawarkan hidangan berasaskan tumbuhan yang meniru rasa dan tekstur produk daging traditional, mencabar tanggapan bahawa makanan berasaskan tumbuhan sememangnya hambar.

“Pasukan ahli kimia kami sentiasa berdedikasi dalam memperhalusi menu yang ditawarkan untuk memastikan penyediaan hidangan yang berkualiti tinggi untuk dinikmati oleh pelanggan,” katanya dalam majlis pelancaran cawangan terbaharunya di sini baru-baru ini.

Zhafran berkata, selain pengiktirafan daripada MBOR, Rightside telah menerima pelbagai pengiktirafan besar dalam industri makanan dan minuman sepanjang opera­sinya.

Sehubungan itu, pihaknya bercadang untuk meluaskan jenamanya ke seluruh pasaran tempatan dan luar negara.

Bagi rancangan di pasaran domestik, syarikat sedang meneroka beberapa lagi lokasi baharu untuk cawangan terbaharunya yang dijangka dilancarkan hujung tahun ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI