fbpx

Bukan satu tapi tujuh ular bersarang dalam ‘aircon’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Juruteknik mengeluarkan ular-ular tersebut dan membersihkan penyaman udara. - TikTok

BANGKOK – Seorang wanita di Thailand terkejut apabila mendapati terdapat tujuh ekor ular bersembunyi di dalam alat penyaman udara di rumahnya, lapor laman berita Tribunnews semalam.

Menurut wanita tersebut, penemuan ular-ular itu merungkai misteri bunyi-bunyian aneh yang sering didengarinya dari dalam alat tersebut.

Berdasarkan video yang dimuat naik di laman TikTok, wanita tersebut berkata, sudah berbulan-bulan dia mendengar bunyi aneh tersebut.

Namun, dia tidak terfikir untuk memeriksa keadaan di dalam penyaman udara itu kerana alat tersebut hanya digunakan ketika dia tidur.

Bagaimanapun, dia akhirnya membuat keputusan untuk memanggil juruteknik bagi memeriksa penyaman udara itu untuk mengenal pasti punca bunyi-bunyian tersebut.

Bagaimanapun, wanita tersebut terkejut apabila mendapati terdapat tujuh ekor ular melingkar di dalam alat itu.

Tidak dinyatakan jenis-jenis ular tersebut, namun juruteknik dengan segera mengeluarkannya dan membersihkan pendingin hawa itu.

Menurut wanita berkenaan, dia berasa trauma dengan kejadian itu dan turut mengingatkan pengguna media sosial agar kerap melakukan pemeriksaan penyaman udara di rumah. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI