fbpx

Banjir: Baling pula dinaiki air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM memindahkan mangsa banjir di Kampung Tanjung Pari, Baling malam tadi.

ALOR SETAR – Beberapa kampung termasuk Kampung Tanjung Pari dan Kampung Bukit Sebelah di Baling dekat sini dilanda banjir berikutan hujan lebat malam tadi.

Susulan itu, sebanyak empat pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah itu sejak malam tadi iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Pari, SK Seri Bayu, SK Siong dan SK Malau.

Jumlah mangsa yang dipindahkan ke PPS di Baling sehingga pukul 9.30 pagi ini adalah seramai 134 orang daripada 62 keluarga.

Mengikut data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah keseluruhan mangsa yang dipindahkan ke 14 PPS di empat daerah terjejas di Kedah iaitu Baling, Pokok Sena, Kota Setar, dan Kubang Pasu adalah seramai 1,350 orang.

Jumlah mangsa tertinggi berada di Pokok Sena iaitu seramai 682 orang, diikuti Kota Setar 416 orang, Baling 134 dan Kubang Pasu 118 orang.

Dalam pada itu, tiga sungai berada pada paras bahaya iaitu Sungai Anak Bukit di dua lokasi iaitu Taman Aman dan Jambatan TAR serta Sungai Ketil di Baling. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI