fbpx

‘Baby bump’ ketara – Nabila Razali hamil anak pertama?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nabila Razali kini dikatakan sedang hamil.

PETALING JAYA – Hampir setahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Nabila Razali, 32, kini dikatakan hamil zuriat pertama.

Spekulasi tercetus selepas ramai yang perasan ‘baby bump’ pemilik nama lengkap Nur Nabila Mohd. Razali itu ketika sedang menari dalam sebuah video TikTok.

“Macam ada ‘baby bump’ sahaja,” kata peminat.

“Ingatkan saya sahaja yang perasan ‘baby bump’,” ujar pengikut.

“Muka macam sedang mengandung,” tutur netizen.

Bagaimanapun, usaha Kosmo! Online mendapatkan respons pelantun lagu Peluang Kedua itu gagal apabila dia tidak membalas mesej.

Sebelum ini, Nabila yang selesa disapa Bella memaklumkan lebih selesa menyimpan kemas hal peribadi terutama selepas berkahwin.

Nabila mendirikan rumah tangga dengan usahawan Nik Iruwan Nik Izani, 38, pada 18 November 2023. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI