fbpx

Angkara jubah merah jambu, Neelofa disekolahkan netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Neelofa dinasihati netizen agar lebih berhati-hati dalam perkongsian di media sosial selepas ini.

PETALING JAYA – Perkongsian pengacara dan usahawan sensasi Neelofa yang menunjukkan dia bersama suami iaitu Haris Ismail berkunjung ke kawasan padang pasir dipercayai di Dubai mengundang pelbagai reaksi di media sosial.

Menerusi perkongsian dalam Instagram, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd. Noor, 35, menunjukkan dia memakai jubah berwarna merah jambu yang dikatakan tidak sesuai kerana menampakkan bentuk badan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dan mengharapkan agar Neelofa lebih peka dalam memilih kandungan untuk dikongsikan kepada umum di media sosial.

“Bagus gambar yang menampakkan bentuk badan itu telah dipadam. Hati-hati perkongsian sekarang ini, takut nanti jadi buli siber.

“Mungkin selepas ini perlu lebih berhati-hati dalam memilih kandungan sebelum kongsi. Bimbang akan jadi bahan fitnah.

“Tiada lagi gambar bahagian itu. Mungkin Lofa sudah delete (padam) rasanya,” antara komen netizen.

Dalam pada itu, ada warga maya yang meminta agar pelakon filem Azura tersebut mengikut jejak langkah pelakon Izara Aishah yang menutup ruangan komen dalam perkongsian tertentu.

Bagaimanapun, peminat Neelofa menentang perkara itu dan meminta agar pengguna media sosial lain tidak terlalu mengkritik artis kesayangannya mereka itu.

“Mungkin Lofa boleh off (tutup) komen seperti Izara.

“Tidak perlu hendak tutup komen. Abaikan saja dan tidak perlu baca. Lofa abaikan manusia toksik dengan manusia terpaling suci.

“Biarlah gambar ini lawa. Tiada apa yang hendak digaduhkan. Suaminya juga tidak gelabah (menegur). Kalian pula yang sibuk. Kepada yang tukang judge (menghukum), gambar masing-masing pun teruk juga,” demikian antara komen netizen.

Dalam perkongsian sama, Neelofa dilihat berkongsikan pengalaman berkunjung ke kawasan gurun di Dubai dan menikmati pengalaman menaiki unta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI