fbpx

Anggota polis peras ugut RM2,000 ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azizi (dua dari kanan) menghadiri program Pelaksanaan Nyanyian Lagu Negaraku dan Lafaz Ikrar Rukun Negara Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh hari ini.

IPOH – Seorang anggota polis yang bertugas di sebuah balai polis di Bagan Datuk ditahan selepas disyaki memeras ugut seorang pekebun sawit di Langkap, Isnin lalu.

Tangkapan terhadap anggota berusia 40 tahun itu dibuat pada pukul 7 petang semalam, susulan laporan polis dibuat mangsa pada hari sama.

Difahamkan, pemerasan terhadap lelaki berusia 37 tahun itu dibuat suspek bagi membantu menyelesaikan kes lampau mangsa berkaitan kes urin.

Suspek dikatakan telah meminta wang sebanyak RM2,000 daripada mangsa namun lelaki tersebut memaklumkan dia tiada wang sebanyak itu dan meminta tempoh untuk menyediakan wang berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris mengesahkan penahanan anggota polis tersebut di kawasan Hutan Melintang semalam.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan terhadap penjawat awam itu mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan bagi kesalahan pemerasan.

Sementara itu, dalam perkembangan berlainan, Azizi memberitahu, pihaknya sedang memburu suspek curi kereta dalam beberapa kejadian di negeri ini dengan kes terbaru di Jelapang, kelmarin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI