fbpx

Ajal warga emas dirempuh kereta ketika pulang surau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian seorang warga emas maut dirempuh sebuah kereta di Kilometer 50.8 Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu, depan Balai Polis Bukit Yong, Pasir Puteh hari ini.-Foto PDRM

PASIR PUTEH – Seorang pesara kerajaan maut dirempuh kereta sewaktu melintas ketika pulang dari surau selepas menunaikan solat subuh di Kilometer 50.8, Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu berdekatan Balai Polis Bukit Yong di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul pukul 7 pagi itu, mangsa, Rawi Mat Yaman, 78, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala, badan dan kaki.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, siasatan awal mendapati, mangsa berjalan kaki dari surau sebelum dirempuh kereta jenis Proton Iswara yang datang dari arah Jerteh.

“Rempuhan itu menyebabkan mangsa maut di lokasi.  Pemandu kereta berusia 30 tahun turut mengalami kecederaan pada muka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zaizul Rizal memberitahu, mayat warga emas itu dihantar ke Hospital Tengku Anis di sini untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI