PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada seluruh warga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sempena ulang tahun ke-57 suruhanjaya itu, hari ini.
Ucapan itu disampaikan baginda menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Bermula pada 1 Januari 2009, SPRM beroperasi sebagai sebuah badan yang mengambil alih sepenuhnya tugas Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang ditubuhkan pada 1 Oktober 1967.
Badan itu bertindak mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 yang digubal bagi menggantikan Akta Pencegah Rasuah 1997 dan diketuai oleh seorang Ketua Pesuruhjaya. – KOSMO! ONLINE