fbpx

Adik didakwa bunuh abang kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Khairul ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Seri Manjung hari ini.

LUMUT – Seorang penganggur dituduh di Mahkamah Majistret Seri Manjung hari ini atas tuduhan membunuh abang kandungnya di sebuah rumah di Sitiawan, minggu lalu.

Tertuduh, Mohd. Khairul Hadafi Mohd. Taib, 40, dituduh membunuh Mohamad Hairul Ridzuan Mohd. Taib, 46, di sebuah rumah di Taman Muhibbah, Sitiawan, dekat sini, antara pukul 2.25 hingga 2.38 pagi pada 25 September lalu.

Dia dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta tidak kurang daripada 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh manakala tiada jaminan ditawarkan terhadapnya ketika dihadapkan di hadapan Majistret Fakhrul Razzi Abd. Hamid.

Fakhrul Razzi kemudian menetapkan 30 Oktober ini untuk kes itu disebut semula.

Beliau turut mengarahkan tertuduh yang juga anak keempat daripada enam beradik, dibawa ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, untuk pemerhatian dan pemeriksaan lanjut, berkuat kuasa hari ini.

Pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Hairol Jemain manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, tertuduh dibawa ke mahkamah kira- kira pukul 9.30 pagi dan dibawa keluar
dari kamar mahkamah kira-kira 15 minit kemudian.

Ahli keluarga tertuduh dan mangsa turut hadir di kawasan mahkamah tersebut.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan seorang lelaki tergamak membunuh abangnya sebelum membakar kawasan ruang tamu tempat mangsa ditemui, di sebuah rumah teres di Sitiawan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI