fbpx

226kg ayam sejuk beku jadi makanan ikan keli di penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai Maqis Kelantan (kiri) menyerahkan sebahagian ayam sejuk beku kepada wakil Jabatan Penjara Marang, Terengganu pada minggu lalu.-Foto MAQIS

KOTA BHARU – Sebanyak 226.7 kilogram (kg) rampasan ayam sejuk beku diserahkan kepada Jabatan Penjara Marang, Terengganu untuk dijadikan makanan ternakan ikan keli di bawah Program Rehabilitasi Banduan.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kelantan, Syed Fuad Syed Putra berkata, serahan 21 kotak ayam sejuk beku itu dilakukan pada 23 September lalu.

Bahan mentah itu merupakan sitaan pengimportan hasil haiwan yang dilucutkan hak kerana tidak mematuhi aspek perundangan di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

“Kita berharap ayam sejuk beku ini dapat menampung kos ternakan ikan keli di penjara. Maqis Kelantan sentiasa memberi sokongan penuh inisiatif Penjara Marang dalam usaha menjayakan program tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Syed Fuad memberitahu, tindakan itu merupakan salah satu kaedah pelupusan hasil haiwan yang disita dan dilucutkan hak. Maqis tidak akan berkompromi terhadap ketidakpatuhan terutamanya melibatkan isu biosekuriti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI